Cara membuat kompos mudah dan segera |
- Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.
- Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.
- Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
- Air untuk menyiram.
- Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air). nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja…
- Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.
- Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.
- Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.
- Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.
Namun begitu, ada cara yang membolehkan kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan.
Post A Comment:
0 comments: